Saturday, 23 March 2013

Honda Freed disewa

Hari ini merupakan hari ke dua sewaan kereta Honda Freed. Penyewa sungguh teruja semasa menerima kunci kereta dan mencuba memandu kereta ini. Dia juga sempat mengatakan niatnya yang dia berminat untuk memiliki Honda Freed suatu hari nanti. Kereta ini merupakan salah satu kereta impiannya. Best juga rasanya bila ada orang memuji kereta ini. Tujuan sewaan adalah sebagai kenderaan pengantin. Asalnya dia sudah menempah kereta Toyota Alphard dari satu rental company dan bayaran booking telah dihulurkan, tapi ia telah di-cancel oleh company tersebut di saat akhir. Dan kereta Honda Freed menjadi substitution. Nasib baik ada.

Ini merupakan sewaan kali kedua selepas sewaan pertama dari budak foreigner UIA yang menggunakan kereta ini untuk mengambil familinya yang baru datang dari Afrika Selatan. Dia juga membawa famili sekitar Kuala Lumpur.

Semoga perniagaan rental car berjalan lancar dan dirahmati Ilahi. Amin.