Alhamdulillah, sudah hampir sebulan aku pindah rumah ke Kubang Kerian. Walaupun banyak lagi perkara-perkara yang belum diselesaikan dan sedang di'setel'kan, aku bersyukur. Secara amnya, kehidupan di tempat baru ini mulai teratur.
Dari segi bisnes, aku sudah mempunyai seorang pekerja sementara. Dia dalam cuti semester. Masih belajar di salah satu kolej di Kota Bharu. Sementara menunggu semester baru nak buka, dia mencari duit tambahan untuk wang saku. Insya Allah target aku untuk dapatkan pekerja tetap sebelum akhir bulan Oktober. Aku masih dalam tinjauan untuk meletakkan opis berdekatan dengan Pengkalan Chepa. Order kereta masih di tahap permulaan, seperti mula-mula aku buka bisnes kereta sewa di Kuala Lumpur dulu. Usaha giat dijalankan untuk mendapatkan sambutan orang Kota Bharu.
Dari segi anak-anak dan isteri, mereka sentiasa ceria di rumah baru ini. Walaupun tiada kawan buat masa ini, ini adalah perkara sementara sahaja. Lama-kelamaan akan muncul kawan yang yang baik untuk mereka.
Dari segi rumah, kedudukannya tidak jauh dari Kota Bharu dan Pengkalan Chepa. Dalam 10-15 minit, sudah boleh sampai. Dari rumah ke kampung halaman di Melor, tidak jauh. Dalam 18km, agak-agak dalam 30 minit perjalanan.
Antara kelebihan di sini, dekat dengan masjid, iaitu Masjid Sultan Ismail petra. Selalu ada tazkirah terutama selepas solat maghrib.