Monday, 10 June 2013

30/05/13 - Khamis
Hari ini merupakan hari ketiga dan malam kedua bermalam di hosp USM, Kubang Kerian. Ayoh dimasukkan ke hospital pada 19/05/13 jam 1.30 pm setelah mengadu sakit kaki dan bengkak. Doktor cek dan diagnose itu sakit gout. Physiotherapy dibuat hari ni, hari kedua. Ada perubahan positf pada kaki ayoh sebelah kanan. Kaki kiri masih bengkok lagi, tak leh lurus.
Ayoh makin ceria lepas minum teh taril di kafe lepas sesi physiotherapy. Mungkin dia lepas boring di sini, lepas dok dekat 2 minggu di atas katil. Sepanjang borak. ayoh banyak bercakap pasal tujuan hidup di dunia ini. Aku juga sempat berseloroh, tapi serius berkata, " Rumah sudah kata pergi kat ayoh, sebab tu ayoh duduk di hospital. Dan kubur pun dah memanggil ayoh". Sedikit sebanyak kata-kata ini boleh menasihati ayoh dan diri aku sendiri. Hidup di dunia adalah untuk mencari bekalan di akhirat.
Layanan doktor dan misi di sini okey je. Tak ada tunjuk rase tak puas hati pada pesakit.Paling menarik, ciri-ciri keIslaman diterap. Azan dikumandang di speaker setiap kali masuk waktu solat. Doa dibacakan setiap pagi.

Note: Tawakkal pada Allah utk segala hal-hal yg tidak pasti. Allah Maha Mendengar doa hambanya.