Sunday, 3 November 2013

Misi di My Hotel sewa Nissan Almera

Mengikut pemerhatian aku, ada sebahagian orang yang datang dari Sabah dan Sarawak menginap di sekitar KL Sentral. Mungkin disebabkan mudah untuk mereka menggunakan public transport yang ada, iaitu bas atau tren ke LCCT atau KLIA. Lagipun MAS menyediakan kaunter check in di KL Sentral. Memang menyenangkan.

Banyak hotel bertaburan sekitar KL Sentral, dari yang bajet hinggalah ke 5 star. Antara yang aku nampak iaitu, My Hotel, Sentral Hotel, De Meredian Hotel dan KL Hilton Hotel.

Terbaru ada misi (atau nurse dalam bahasa Inggeris) yang tinggal di Kuching, Sarawak bercuti di Kuala Lumpur dan menginap di My Hotel. Dia menyewa kereta Nissan Almera untuk mengunjungi kawannya di Klang. Katanya kereta tu best, sebab smooth saja. Ya, memang kereta Nissan Almera di-design-kan untuk smooth driving dan handling. Sesuai untuk mereka yang not in rushing dan sukakan perjalanan yang lancar.