Wednesday, 21 May 2014

Jalan-Jalan ke Bera, Pahang

Ada kebaikan untuk aku berjalan-jalan ke Bera, Pahang sambil dalam usaha menyelesaikan tugasan dalam bisnes kereta sewa ini. Bertolak jam 3 petang, aku dan 2 orang rakan sampai di bengkel yang hendak dituju jam 5.30 petang. Bengkel masih dibuka dan pihak bengkel sedia menerima tetamu yang tidak diundang. Namun ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja dalam bisnes kereta sewa ini.

Selepas selesai tugasan, aku bersama kawan-kawan mencari tempat untuk melampias perut, untuk makan tengahari walau jam sudah pukul 6.30 petang.

Berkunjung ke restoran Pak Su, Bera, Pahang untuk menjamu selera. 
Patin yang dicari, tapi talapia yang dihidang. Boleh la...

Alhamdulillah, aku dan kawan-kawan sudah selesai menjamu selera dan bersedia untuk pulang ke KL.

No comments:

Post a Comment