Friday, 25 October 2013

Almera utk The Saffron condo

Ada juga penghuni kat The Saffron Condominium teringin sewa kereta Nissan Almera. Hantar semalam. Sewa dalam 3 hari. Katanya untuk client dari UAE. Kira sewa untuk company la ni.


Insya Allah, kalau ada berterusan client macam ni, lagi bagus. Business to business approach.

Kereta Nissan Almera yang disewa

Monday, 21 October 2013

Kumpulan Nasyed UNIC sewa keretaku???

Alhamdulillah. Dalam 3 hari lepas, aku dapat call dari seorang perempuan bertanyakan kereta sedan untuk disewa. Aku offer kat dia Nissan Almera. Dia bersetuju untuk menyewa hari tu juga, dan pada waktu tu juga. Katanya bos dia nak kereta tu untuk pergi ke Penang. Terkejut aku. Terpaksalah aku bagitau yang kereta ready dalam masa 1 jam. Lepas letak telefon, terus aku ambil kunci dan pandu kereta ke tempat basuh kereta. Nasib baik tempat tu dekat ngan ofis aku je.  Aku bagitau, urgent. Client mahu ambil 30 minit lagi. Berdesut...tauke tu amik dan mula basuh.

Dalam sejam kemudian, seorang lelaki datang memperkenalkan dirinya Najib yang order untuk sewa Nissan Almera. Lepas aku ambil semua dokumen dan isi semua butiran dalam car agreement dan receipt, aku minta business card sebagai reference. Dia kata kad habis, dan dia nak ambil kat kereta. Dalam 5 minit, dia bagi kad. Wow! Mamat ni pengarah dari Kumpulan Nasyid UNIC. Sewa kereta aku...pergh!

Keesokkan harinya, masa dia pulangkan kereta, dia bagitau yang dia plan nak sewa alphard bulan Nov ni. Rezeki...rezeki...Alhamdulillah.

Hari Raya Haji

Orang pantai timur selalu menyebut Hari Raya Haji. Jarang sangat yang sebut Hari Raya Aidul Adha, walhal maksud yang sama.

Aku sempat merayakan Hari Raya Haji di kampung bersama keluarga. Bertolak ke kampung pada petang Isnin (Hari raya jatuh hari Selasa), aku sampai jam 1.30 pagi. Memandu bergilir dengan pekerja, Mazlan kami berhenti di Raub, Pahang untuk makan malam dan di Ketereh, Kelantan untuk solat maghrib dan isya'.

Walaupun aku tak ambil bahagian dalam ibadah korban, namun tetap dapat merasa daging korban. Hari-hari makan daging. Pagi, petang, siang dan malam. Daripada daging goreng, hinggalah daging sup. Sup perut pun ada. Fuh..banyak lemak tu. Pening jadi kepala aku sebab makan banyak sangat daging.

Beraya kat kampung sekejap je, dalam 2 hari sebab aku terpaksa ambil beberapa kereta yang nak dipulangkan. Hari khamis kami dah bertolak balik KL. Pekerja aku masih beraya kat kampung untuk mengadakan majlis tahlil malam 40 abangnya.

Ada beberapa progress terbaru dalam bulan Oct ni:
1. Jenis dan bilangan kereta untuk disewa makin bertambah. Ini list-nya:
    a. Perodua Viva Elite (1.0 Auto)
    b. Perodua Myvi (1.3 Auto Lagi Best)
    c. Proton Saga (BLM)
    d. Nissan Almera (1.5 Auto)
    e. Perodua Alza (1.5 Auto)
    f. Honda Freed
    g. Toyota Alphard
2. Sudah ada seorang pembantu

Walau dah  hari, letih sebab memandu masih belum hilang...