Alhamdulillah. Dalam 3 hari lepas, aku dapat call dari seorang perempuan bertanyakan kereta sedan untuk disewa. Aku offer kat dia Nissan Almera. Dia bersetuju untuk menyewa hari tu juga, dan pada waktu tu juga. Katanya bos dia nak kereta tu untuk pergi ke Penang. Terkejut aku. Terpaksalah aku bagitau yang kereta ready dalam masa 1 jam. Lepas letak telefon, terus aku ambil kunci dan pandu kereta ke tempat basuh kereta. Nasib baik tempat tu dekat ngan ofis aku je. Aku bagitau, urgent. Client mahu ambil 30 minit lagi. Berdesut...tauke tu amik dan mula basuh.
Dalam sejam kemudian, seorang lelaki datang memperkenalkan dirinya Najib yang order untuk sewa Nissan Almera. Lepas aku ambil semua dokumen dan isi semua butiran dalam car agreement dan receipt, aku minta business card sebagai reference. Dia kata kad habis, dan dia nak ambil kat kereta. Dalam 5 minit, dia bagi kad. Wow! Mamat ni pengarah dari Kumpulan Nasyid UNIC. Sewa kereta aku...pergh!
Keesokkan harinya, masa dia pulangkan kereta, dia bagitau yang dia plan nak sewa alphard bulan Nov ni. Rezeki...rezeki...Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment