Wednesday, 23 April 2014

Aktiviti Bersama Rakan Sebisnes

Aktiviti mesra sesama rakan kereta sewa amat bersepadanan dengan segala pergerakan dalam kerja-kerja harian sebagai pengusaha kereta sewa di Wangsa Maju.


 Ada sebahagian kes penyewa yang agar sukar ditemui dan mengelak daripada menghantar kembali kereta yang disewa. Tetapi dengan pertolongan Ilahi, kereta dapat dijumpai semula dan pada masa yang sama, dapat berjumpa dengan penyewa berbincang akan permasalahan yang dihadapi untuk jalan penyelesaian terbaik bagi semua pihak.


Sunday, 13 April 2014

Minum Teh-O

Hari ahad merupakan hari bersenang-lenang bagi kebanyakan mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor. Selepas 5 atau 5 hari setengah berpenat lelah dan bertarung nyawa di jalan raya, kebanyakan mereka memilih untuk lepak bersama keluarga di rumah di waktu awal pagi. Mengikut pemerhatian aku, mereka akan mula keluar dari rumah seawal jam 10 pagi untuk menjamu selera di mana-mana restoran berdekatan. Seterusnya mereka akan berkunjung ke tempat keramaian seperti shopping complex untuk membeli barang keperluan dapur atau barang kerja sekolah anak-anak. Paling kurang pun, mereka akan mencuci mata dengan melihat barang-barang yang menarik perhatian untuk dibeli kemudian hari.

Aku memilih untuk ke pejabat untuk melihat prestasi pencapaian diri dan perniagaan kereta sewa. Sebelum naik ofis, aku minum teh-o dulu di kedai mamak. Aku bersama kawan, memikirkan apakah langkah seterusnya untuk memajukan diri sendiri dari sudut duniawi dan ukhrawi. Semoga segala usahaku mendapat keredhaan Ilahi. Amin.

Minum teh-o di pagi ahad

Friday, 11 April 2014

Umrah 2014



Aku suka bercerita hal berkaitan umrah yang aku lakukan bersama keluarga di Tanah Haram pada bulan Mac 2014. Dengan package yang ditawarkan oleh Tiram Travel Sdn Bhd. Bermula 2 Mac, aku dan keluarga (Nita, isteri, Muhammad, anak bongsu berumur 1 tahun 4 bulan, ma, Zaidi, adik boungsu, dan Aiman dan Erfan iaitu dua anak saudara lelaki) menaiki pesawat Air Asia-X di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) menuju ke Jeddah. Direct flight. Perjalanan mengambil masa 9 jam dan 30 minit. Kain ihram siap sedia dipakai di LCCT sebab akan terus ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Isteriku dan Muhammad dalam flight

 Ma dan Erfan dalam flight

 Aku dan Zaidi

Hari Pertama Di Tanah Haram Mekah
Sampai di Jeddah, hari sudah lewat petang. Dah dekat waktu maghrib. Selesai check in kat imegresen, aku dan rombongan menaiki bas ke hotel di Tanah Haram Mekah. Dalam 3 jam, sampai di hotel. Makan makanan yang disediakan dan letak beg dalam bilik yang ditempatkan. Terus berkumpul di depan lobi hotel untuk bersama-sama menunaikan tawaf. Terus berjalan dari hotel menuju perkarangan masjid. Kumpulan umrah berpecah. Ada yang berjalan laju di hadapan dan ada yang berjalan lambat di belakang. Dan ada yang tidak sertai menunaikan umrah pada waktu ini. Mungkin ingin menunaikan umrah hari esok selepas penat melalui perjalanan flight . Dalam masa 15 minit, dah sampai perkarangan masjid. Tidak ramai dalam masjid buat masa ini. Jam dalam pukul 12.00 tengah malam.

Aku dan keluarga menunaikan tawaf bermula dengan niat tawaf di lampu hijau mengadap batu Hajar Aswad. Melambai sambil berzikir setiap kali melintasi Rukun Yamani dan Hajar Aswad. Dalam menunaikan tawaf, kumpulan keluarga berpecah tanpa disedari. Aku bersama isteri, anak yang bongsu dan ma. Manakala Zaidi, bersama Aiman dan Erfan. Dalam pusingan ke lima, aku merasa sakit di pinggang sebab beban dari memegang Muhammad. Selesai tawaf, solat sunat tawaf ditunaikan. Selesai berdoa, terus menuju ke tempat untuk menunaikan sai'e.

Berjalan mengikut lorong yang dikhaskan di samping binaan yang sedang diusahakana oleh kontraktor. Aku menaiki escalator ke tingkat satu. Saie bermula di Bukit Safa, walhal tidak nampak pun bukit Safa pun dari tingkat satu menuju ke Bukit Marwah. Aku tidak dapat berlari-lari anak di kawasan lampu hijau sebab memegang Muhammad yang sedang tidur. Dalam perjalanan menuju Bukit Marwah ke Bukit Safa, aku dah tak larat. Sakit belakang begitu mencengkik. Terpaksa aku berehat sebentar, sambil minum air zam-zam. Isteri menawarkan untuk aku dan ma meneruskan sai'e dan dia menjaga Muhammad di tempat rehat itu.
Dalam masa itu jugalah perut aku memulas. Terpaksa aku minta ma teruskan sai'e dan aku menunaikan hajat dulu.

Selesai tunaikan hajat, aku meneruskan tawaf seorang diri. Cuba cari juga ma, tapi tak nampak pun. Dalam pusingan ke lima, baru jumpa. Sama-sama aku dan ma sai'e. Sambil lalu dekat tempat isteriku dan Muhammad berehat, aku nampak mereka tidur. Nyenyak kut. Masih letih lepas perjalanan jauh. Juga lepas penat menunaikan tawaf 7 kelililing Kaabah tadi.

Lepas 7 pusingan, aku dan ma behenti di kawasan Marwah untuk Tahlul. Pinjam gunting dari salah seorang jemaah, aku dan ma bertahlul. Selesai sudah amalan umrah. Selesai berdoa, aku dan ma berjalan ke tempat isteri dan Muhammad berehat. Sekarang giliran isteriku pula menyambung saie'. Seorang diri. Minta maaf, abg sakit belakang masih terasa. Kena baring.

 Isteriku menunaikan saie'

 Muhammad sambil makan kurma di laluan Safa-Marwah

Sambil menunggu isteriku habis saie', tiba-tiba Muhammad tersedar. Menangis. Nampak pampers dah penuh dan sedikit basah di bahagian tepi. Tiada baju atau seluar tambahan sebagai gantian. Tiada baby tissue pula. Alamak. Terpaksa aku cuba menenangkan Muhammad sambil mengelak dari pampers terkena kain ihram. Tapi Muhammad tetap menanagis tak selesa. Aku buka kain ihram yang menutup bahagian atas dan aku ganti pampers dan seluar Muhammad dengan kain ihramku. Muhammad tersenyum dan sambung tidur. Selang tak berapa lama kemudian, isteriku selesai saie dan bersama berehat bersama kami.

 Ma sedang berzikir sementara menunggu azan Subuh

Jam dah dekat pukul 5 pagi, dan waktu solat Subuh akan tiba. Ma dan aku ambil peluang untuk menunaikan solat sunat sementara menunggu masuk waktu. Selesai solat Subuh, aku, isteri, Muhammad dan ma berjalan keluar menuju ke hotel.

Alhamdulillah, amalan umrah berjaya ditunaikan. Syukur ke hadrat Ilahi. Aku memohon redha-Mu, ya Allah, terimalah amalan umrahku dan keluargaku. Amin , ya rabbal aalamin.

Wednesday, 9 April 2014

Perpindahan Kereta Sewa Wangsa Maju ke Kota Bharu- Hubungi 019 781 4646 / 013 9064 932

Di atas pandangan yang lebih baik, Kereta Sewa Wangsa Maju telah berpindah ke Kereta Sewa Kota Bharu/Pengkalan Chepa.

Operasi Kereta Sewa Kota Bharu/Pengkalan Chepa bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 9.00 malam. Jika ada permintaan tinggi untuk kereta sewa, kami bersedia melanjutkan waktu perniagaan bagi pengambilan dan/atau penghantaran kereta sewa sehingga jam 12.00 tengah malam. Permintaan kereta sewa yang begitu mendapat sambutan penyewa kereta di sekitar dan di luar kawasan Kota Bharu. Kami juga bersedia untuk menyediakan servis kereta sewa kepada mereka yang tinggal berhampiran seperti Kubang Kerian dan Wakaf Che Yeh dengan kadar sewaan yang murah dan berpatutan.

Sebagai makluman, berikut adalah senarai kereta sewa terkini yang bersedia untuk disewa di Kereta Sewa Kota Bharu/Pengkalan Chepa.

1. Perodua Viva Elite, 1.0 cc
Kereta Sewa Kota Bharu Pengkalan Chepa Perodua Viva



2. Perodua Myvi, 1.3cc (Lagi Best)
Kereta Sewa Kota Bharu Pengkalan Chepa Perodua Myvi



3. Nissan Almera, 1.5 cc
Kereta Sewa Kota Bharu Pengkalan Chepa Nissan Almera



4. Perodua Alza, 1.5 cc, Multipurpose Vehicle (MPV), 7 Seaters
Kereta Sewa Kota Bharu Pengkalan Chepa Perodua Alza



5. Honda Freed, 1.5 cc, Multipurpose Vehicle (MPV), 7 Seaters
Kereta Sewa Kota Bharu Pengkalan Chepa Honda Freed



6. Toyota Innova, 2.0 cc, Multipurpose Vehicle (MPV), 8 Seaters
Kereta Sewa Kota Bharu Pengkalan Chepa Toyota Innova



Dengan kadar sewa yang berpatutan dan deposit yang rendah, kereta sewa dari Kota Bahru/ Pengkalan Chepa sememangya menjadi pilihan setiap penyewa.

Setiap penyewa hanya dikehendaki menyediakan salinan kad pengenalan atau paspot, salinan lesen memandu, salinan kad pengenalan penjamin atau paspot serta salinan bil utiliti seperti bil elektrik atau bil air buat pertama kali menyewa sahaja. Mereka tidak lagi perlu membawa dokumen tersebut untuk kali kedua dan seterusnya. Memang menyenangkan kereta sewa Kota Bharu/ Pengkalan Chepa!

Hampir Setahun Berhenti Kerja

Alhamdulillah. Hampir setahun sudah aku berhenti kerja. Sepanjang kehidupan aku setahun ini, aku memanjat syukur ke hadrat Ilahi degan anugerahNya pada aku dan keluarga. Memang aku akui, aku tidak mempunyai duit yang banyak, tetapi cukup sekadar apa yang ada. Yang realiti, apa yang hak aku sebenarnya adalah apa yang aku sedekahkan pada orang lain termasuk isteriku. Semua itu adalah balasan yang menunggu pada hari selepas aku masuk lubang kubur.