Aku suka bercerita hal berkaitan umrah yang aku lakukan bersama keluarga di Tanah Haram pada bulan Mac 2014. Dengan package yang ditawarkan oleh Tiram Travel Sdn Bhd. Bermula 2 Mac, aku dan keluarga (Nita, isteri, Muhammad, anak bongsu berumur 1 tahun 4 bulan, ma, Zaidi, adik boungsu, dan Aiman dan Erfan iaitu dua anak saudara lelaki) menaiki pesawat Air Asia-X di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) menuju ke Jeddah. Direct flight. Perjalanan mengambil masa 9 jam dan 30 minit. Kain ihram siap sedia dipakai di LCCT sebab akan terus ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Isteriku dan Muhammad dalam flight
Ma dan Erfan dalam flight
Aku dan Zaidi
Hari Pertama Di Tanah Haram Mekah
Sampai di Jeddah, hari sudah lewat petang. Dah dekat waktu maghrib. Selesai check in kat imegresen, aku dan rombongan menaiki bas ke hotel di Tanah Haram Mekah. Dalam 3 jam, sampai di hotel. Makan makanan yang disediakan dan letak beg dalam bilik yang ditempatkan. Terus berkumpul di depan lobi hotel untuk bersama-sama menunaikan tawaf. Terus berjalan dari hotel menuju perkarangan masjid. Kumpulan umrah berpecah. Ada yang berjalan laju di hadapan dan ada yang berjalan lambat di belakang. Dan ada yang tidak sertai menunaikan umrah pada waktu ini. Mungkin ingin menunaikan umrah hari esok selepas penat melalui perjalanan flight . Dalam masa 15 minit, dah sampai perkarangan masjid. Tidak ramai dalam masjid buat masa ini. Jam dalam pukul 12.00 tengah malam.
Aku dan keluarga menunaikan tawaf bermula dengan niat tawaf di lampu hijau mengadap batu Hajar Aswad. Melambai sambil berzikir setiap kali melintasi Rukun Yamani dan Hajar Aswad. Dalam menunaikan tawaf, kumpulan keluarga berpecah tanpa disedari. Aku bersama isteri, anak yang bongsu dan ma. Manakala Zaidi, bersama Aiman dan Erfan. Dalam pusingan ke lima, aku merasa sakit di pinggang sebab beban dari memegang Muhammad. Selesai tawaf, solat sunat tawaf ditunaikan. Selesai berdoa, terus menuju ke tempat untuk menunaikan sai'e.
Berjalan mengikut lorong yang dikhaskan di samping binaan yang sedang diusahakana oleh kontraktor. Aku menaiki escalator ke tingkat satu. Saie bermula di Bukit Safa, walhal tidak nampak pun bukit Safa pun dari tingkat satu menuju ke Bukit Marwah. Aku tidak dapat berlari-lari anak di kawasan lampu hijau sebab memegang Muhammad yang sedang tidur. Dalam perjalanan menuju Bukit Marwah ke Bukit Safa, aku dah tak larat. Sakit belakang begitu mencengkik. Terpaksa aku berehat sebentar, sambil minum air zam-zam. Isteri menawarkan untuk aku dan ma meneruskan sai'e dan dia menjaga Muhammad di tempat rehat itu.
Dalam masa itu jugalah perut aku memulas. Terpaksa aku minta ma teruskan sai'e dan aku menunaikan hajat dulu.
Selesai tunaikan hajat, aku meneruskan tawaf seorang diri. Cuba cari juga ma, tapi tak nampak pun. Dalam pusingan ke lima, baru jumpa. Sama-sama aku dan ma sai'e. Sambil lalu dekat tempat isteriku dan Muhammad berehat, aku nampak mereka tidur. Nyenyak kut. Masih letih lepas perjalanan jauh. Juga lepas penat menunaikan tawaf 7 kelililing Kaabah tadi.
Lepas 7 pusingan, aku dan ma behenti di kawasan Marwah untuk Tahlul. Pinjam gunting dari salah seorang jemaah, aku dan ma bertahlul. Selesai sudah amalan umrah. Selesai berdoa, aku dan ma berjalan ke tempat isteri dan Muhammad berehat. Sekarang giliran isteriku pula menyambung saie'. Seorang diri. Minta maaf, abg sakit belakang masih terasa. Kena baring.
Isteriku menunaikan saie'
Muhammad sambil makan kurma di laluan Safa-Marwah
Sambil menunggu isteriku habis saie', tiba-tiba Muhammad tersedar. Menangis. Nampak pampers dah penuh dan sedikit basah di bahagian tepi. Tiada baju atau seluar tambahan sebagai gantian. Tiada baby tissue pula. Alamak. Terpaksa aku cuba menenangkan Muhammad sambil mengelak dari pampers terkena kain ihram. Tapi Muhammad tetap menanagis tak selesa. Aku buka kain ihram yang menutup bahagian atas dan aku ganti pampers dan seluar Muhammad dengan kain ihramku. Muhammad tersenyum dan sambung tidur. Selang tak berapa lama kemudian, isteriku selesai saie dan bersama berehat bersama kami.
Ma sedang berzikir sementara menunggu azan Subuh
Alhamdulillah, amalan umrah berjaya ditunaikan. Syukur ke hadrat Ilahi. Aku memohon redha-Mu, ya Allah, terimalah amalan umrahku dan keluargaku. Amin , ya rabbal aalamin.






No comments:
Post a Comment