Hari Terakhir di Tanah Haram Madinah
Sinar matahari pagi menyinari bumi Madinatul Munawwarah. Selesai menunaikan solat subuh, aku bersama keluarga menghirup udara segar bumi haram ini dengan rasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Ilahi. Alhamdulillah. Malam sebelumnya, aku dan keluarga berziarah widak ke makam Rasullah, dan para sahabat. Aku sempat solat sunat dalam kawasan raudhah semasa ziarah widak ini, dan berdoa agar dijemput kembali menunaikan umrah dan berpeluang menziarahi lagi makam Rasullah dan para sahabatnya dan solat di masjid Madinah pada masa yang akan datang.
Aku dan keluarga bersiap-siap berkemas barang dan pakaian untuk check-out dari hotel. Beg-beg disusun depan lobi untuk bersedia dipunggah ke dalam bas.

Berlatar belakangkan masjid Nabawi, bas bersedia untuk bertolak ke lapangan terbang Jeddah
Perjalanan dari Madinah ke lapangan terbang Jeddah memakan masa selama 6 jam. Bas berhenti seketika di RnR, atau tempat istirehat untuk makan pagi dan tengahari sekaligus.
RnR tempat berhenti rehat di tepi highway Madinah-Jeddah
Sambil berehat, para rombongan meluangkan masa untuk melepaskan letih lenguh sebab duduk lama dalam bas, termasuk ma.
Ma sedang berehat
Sesetengah daripada rombongan sempat membeli sedikit barang makanan dan minuman di kedai di highway ini.
Kedai di tempat rehat RnR highway Madinah-Jeddah
Perjalanan diteruskan setelah berehat hampir sejam. Apabila sampai di lapangan terbang Jeddah, aku dan rombongan saling tolong menolong memunggah beg-beg ke troli untuk dihantar ke tempat perhimpunan. Sementara menunggu waktu penerbangan tiba, aku dan para rombongan bersolat zuhur dan asar secara qasar dan jama'. Penerbangan jam 6 petang, bertolak dari lapangan terbang Jeddah mengambil masa dalam 9 jam dan sampai di KLIA jam 8.30 pagi.
Alhamdulillah, aku dan keluarga selamat tiba di bumi Malaysia setelah 12 hari berada di bumi Haram Mekkah dan Madinah. Selesai sudah perjalanan umrah. Semoga perjalanan kehidupan seterusnya beroleh keberkatan daripada Ilahi. Amin.