Tuesday, 24 June 2014

Ikan patin masak tempoyak

Ada kalanya aku berpeluang untuk bertukar selera, dengan mengecapi ikan patin masak tempoyak. Ceritanya begini, aku dan beberapa kawan satu bisnes kereta sewa merancang untuk mengambil kereta yang telah siap dibaiki di Bera, Pahang. Bertolak waktu tengahari, aku dan rakan menunaikan solat zuhur dahulu di masjid Wangsa Melawati.

Setelah hampir sejam setengah di atas jalan melalui Karak Highway dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), aku dan kawan sampai di Temerloh. Kalau dah alang-alang sampai di Temerloh, tak sah kalau tak merasa masakan tersohor di sini. Apa lagi kalau bukan ikan patin gulai tempoyak. Boleh tahan gak pedasnya. Masakannya tetap memuaskan.




 Gambar restoran ikan patin yang dikunjungi

Gulai ikan patin yang menjadi pilihan.

Selain itu, dalam pemerhatian aku semasa perjalanan ke Bera ini, sedar atau tidak, kita ditentukan untuk berada di suatu tempat bersama rakan-rakan lama yang tidak rapat. Maksud aku, walau aku mengenali seseorang, tetapi hanya sekadar luaran sahaja. Setelah beberapa jam bersama, aku mula mengenali seorang rakan yang sama-sama berjuang dalam bisnes kereta sewa. Dia tulus ikhlas mengikut aku ke Bera untuk meneman mengambil kereta yang telah siap dibaiki. Bukan untuk makan ikan patin masak tempoyak. Tetapi lebih daripada itu. Dia ikhlas. Aku belajar sesuatu darinya. Semoga Allah terus membuka peluang untuk aku terus belajar.

Monday, 23 June 2014

Abah, kenapa abah tengok mirror lama-lama?

Pagi ini, aku dikejutkan dengan pertanyaan anak perempuan yang sulong, "Abah, kenapa abah tengok mirror lama-lama?". Dengan nada biasa, aku jawap yang aku nak tengok muka abah ni. Aku anggap ini satu soalan biasa kanak-kanak ynag berumur 6 tahun. Tapi yang menjadi suatu ketakjuban aku ialah dia menggunakan perkataan "mirror", suatu perkataan Inggeris yang aku tak pernah guna dalam percakaan seharian walau semasa aku di peringkat sekolah menengah. Mungkin disebabkan aku membesar di kampung, yang rata-rata menggunakan loghat Kelantan dan susah untuk bertutur atau menggunakan perkataan Inggeris melainkan mereka yang keluarganya berlatar belakangkan pendidikan Inggeris.

Cermin untuk menilik muka.

Kesimpulan yang aku dapat rumuskan di sini, sedikit sebanyak aku merasakan pembesaran dan pendidikan mencorak tahap penggunaan bahasa. Ia agak berbeza jika dibandingkan penggunaan bahasa semasa aku berada di zaman kanak-kanak dulu. Aku membesar di satu kampung di Kelantan sementara anak aku membesar di pinggir kota Kuala Lumpur.