Monday, 23 June 2014

Abah, kenapa abah tengok mirror lama-lama?

Pagi ini, aku dikejutkan dengan pertanyaan anak perempuan yang sulong, "Abah, kenapa abah tengok mirror lama-lama?". Dengan nada biasa, aku jawap yang aku nak tengok muka abah ni. Aku anggap ini satu soalan biasa kanak-kanak ynag berumur 6 tahun. Tapi yang menjadi suatu ketakjuban aku ialah dia menggunakan perkataan "mirror", suatu perkataan Inggeris yang aku tak pernah guna dalam percakaan seharian walau semasa aku di peringkat sekolah menengah. Mungkin disebabkan aku membesar di kampung, yang rata-rata menggunakan loghat Kelantan dan susah untuk bertutur atau menggunakan perkataan Inggeris melainkan mereka yang keluarganya berlatar belakangkan pendidikan Inggeris.

Cermin untuk menilik muka.

Kesimpulan yang aku dapat rumuskan di sini, sedikit sebanyak aku merasakan pembesaran dan pendidikan mencorak tahap penggunaan bahasa. Ia agak berbeza jika dibandingkan penggunaan bahasa semasa aku berada di zaman kanak-kanak dulu. Aku membesar di satu kampung di Kelantan sementara anak aku membesar di pinggir kota Kuala Lumpur.