Saturday, 19 July 2014

Diskusi Jihad Bisnes Bersama Tan Sri Ali Hashim

Petikan dari Facebook rakan, Fauzi Ahmad.


NOTA #2 : DISKUSI JIHAD BISNES BERSAMA TAN SRI ALI HASHIM
Saya kongsikan 3 nota penting yang saya catit dari diskusi semalam
1. Mahu berjaya dalam bisnes, kita mesti lari dari kebiasaan. Suka apa yang orang lain tidak suka dan sebaliknya.
Contohnya orang suka melepak di rumah menonton tv. Usahawan perlu menjadi sebaliknya. Kurangkan masa untuk perkara yang tidak membawa keuntungan.
2. Jangan pandang rendah bisnes kita walau sekecil mana pun. Usah merasa rendah diri. Ambil masa untuk bina dan kembangkan bisnes kita itu.
Beliau berkongsi kisah Vidal Sassoon yang bermula sebagai pembantu di kedai gunting rambut sahaja ketika berumur 14 tahun sehingga berjaya mengeluarkan produknya sendiri.
( Nota : Vidal Sassoon pernah mencapai jualan melebihi USD100 juta pada 1982. Ketika ini umur beliau 54 tahun. 2 tahun kemudian syarikatnya dibeli oleh P&G)
3. Usahawan perlu amanah kepada pelanggan. Mesti tunaikan janji kepada pelanggan.
Jika kita beritahu pelanggan kedai dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, pastikan kita menepati masa tersebut.
Nota tambahan : Orang meniaga mesti jadikan dhuha itu 'wajib' (ini nota dari penceramah sebelum Tan Sri)

Aku kagum dengan pencapaian dan tahap mentaliti Tan Sri Ali Hashim. Walaupun dia sudah tiada dalam organisasi Johor Corp, tetapi pencapaiannya sebagai bekas CEO adalah begitu membanggakan. Dan tahap pemikirannya begitu mantap dalam usaha membangunkan anak bangsa Islam.