Wednesday, 26 August 2015

Sedar Tak Sedar

Sedar tak sedar, sekarang dah penghujung bulan Ogos 2015. Cepat masa berlalu. Umur dah 37 tahun. Dan sudah 37 tahun aku pejam celik dunia ni.
Kalau ikut umur, 7 tahun aku masuk darjah 1. 17 tahun bersekolah menengah. 27 tahun aku bekerja makan gaji. 37 tahun aku kerja sendiri.
Apakah aku sempat untuk berumur 47 tahun? Apakah aku buat pada masa itu?

Satu-satu persoalan bermain dalam kepala aku.

Sunday, 9 August 2015

Pizza hut

Tergerak hati nak belanja duit untuk staff. Sekali-sekala staff dapat makan pizza hut.

kereta sewa kota bharu

Alhamdulillah, Tuhan memberi rezeki kepada setiap yang bernyawa.

Thursday, 23 July 2015

Khairi Architect - Jumpa Kawan Lama

Sudah lama tak jumpa ngan kawan sekolah Faris Petra ni. Khairi Architect, yang dulu sama sekolah di Sek Men Sains Tg Muhd Faris Petra, Pengkalan Chepa.


Dah jadi orang besar di Azmi Luddin Architect, di Jalan Telipot sekarang.

Berjumpa di Kedai Makan Rodziah, depan Kota Bharu Airport. Dia on his way to Guangzhou, China bersama client yang juga kawannya untuk membeli barang-barang interior rumah client-nya yang dalam proses binaan.

Semoga selamat pergi dan kembali.

Wednesday, 13 May 2015

Rahsia Orang Kaya Bertambah Kaya

Senjata Penarik Rezki Paling Ampuh
Saya pernah bertanya dengan beberapa orang agama(ustaz) mengenai mengapa sedekah dikatakan mampu menarik rezeki. Saya minta mereka menjelaskan secara terperinci. Agak pelik  wal hal kita yang bersedakah mengeluarkan duit aliran kita dan bukan membawa masuk dan menambahkannya. Tetapi mengapa dikatakan rezki kita akan semakin bertambah.  Jawapan yang sama diberikan oleh semua ustaz tersebut. Iaitu ia adalah rahsia pencipta alam. Ada perkara yang kita sememangnya tidak tahu mengapa ia terhasil begitu.

Sunday, 15 February 2015

Makan dengan Mun

Agak lama aku tak berjumpa dengan kawan medic ni. Nak dijadikan cerita, Dr Munawar menghadiri seminar post banjir di HUSM, Kubang Kerian semalam. Dia lebih senang dipanggil Mun sahaja. Dan sehari sebelum, dia contact aku melalui whatapps. Ok. Bole jumpa. Sabtu, 1 tengahari.

Sunday, 8 February 2015

7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Extract dari tulisan Adly Bin Mukhtar

Dua hari lepas saya telah hadir ke majlis makan malam bersama orang Melayu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, anjuran Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB). Saya diberi peluang hadir di atas kapasiti GMB Kelantan di atas pelawaan mentor saya Tuan Nik Mohd Nasrudeen. Terima kasih!

Monday, 2 February 2015

Penjual kantin sekolah

Aku suka bercerita berkenaan kisah penjual kantin sekolah.

Ceritanya begini. Pada hari ini, aku singgah kat sekolah anak aku di Tanjung Mas, Pengkalan Chepa. Hajatnya ingin membayar yuran pengajian dan makanan untuk bulan Februari.

Friday, 16 January 2015

Ujian

Apabila kita dilanda sesuatu yang dianggap permasalahan, itu adalah ujian untuk mrnjadikan diri lebih kental dan lebih kuat.