Wednesday, 13 May 2015

Rahsia Orang Kaya Bertambah Kaya

Senjata Penarik Rezki Paling Ampuh
Saya pernah bertanya dengan beberapa orang agama(ustaz) mengenai mengapa sedekah dikatakan mampu menarik rezeki. Saya minta mereka menjelaskan secara terperinci. Agak pelik  wal hal kita yang bersedakah mengeluarkan duit aliran kita dan bukan membawa masuk dan menambahkannya. Tetapi mengapa dikatakan rezki kita akan semakin bertambah.  Jawapan yang sama diberikan oleh semua ustaz tersebut. Iaitu ia adalah rahsia pencipta alam. Ada perkara yang kita sememangnya tidak tahu mengapa ia terhasil begitu.

“The more you give the more you get…”

Rezki sama juga seperti jodoh & ajal/maut ia adalah rahsia yang tersimpan rapi yang tiada siapa yang boleh membongkarnya. Telah banyak kajian dibuat namun hanya penemuan secara kasar saja mengikut jangkaan kemampuan manusia berfikir. Jika dalam ilmu metafizik ia digelar sebagai Law Of Attraction iaitu menggunakan konsep hukum alam. Iaitu setiap berlaku itu pasti ada hukumnya sebagai contoh paling mudah mengenai hukum alam adalah atauran kita ingin menanam pohon buah. Anak benih yang ditanam tidak boleh terus besar dalam masa 3 hari. Ia perlu ikut proses aturan hukum alam. Ia perlu disiram, perlu dijaga, perlukan cahaya yang cukup dan pelbagai lagi  untuk ia tumbuh besar dan sihat. Kita akan dapat hasilnya kelak selepas beberapa bulan atau tahun (bergantung jenis tanaman).  Jadi untuk aspek sedekah lebih banyak kita berikan lebih banyak yang akan kita perolehi. The more you give the more you get.
Dalam Al-Quran ayat sedekah di ulangi sebanyak 12 kali. Manakala perkataan zakat sebanyak 32 kali, dan gandingan perkataan zakat dan solat pula adalah sebanyak 26 kali. Walaupun kita disuruh berfikir untuk semua perkara namun  kita juga dilarang untuk banyak soal dalam melakukannya jika ia adalah perkara yang baik. Seperti yang disebut dalam hadith nabi dibawah.
Oleh Abu Hurairah r.a Daripada Nabi SAW baginda bersabda, Janganlah kamu banyak bertanya tentang sesuatu yang tidak aku terangkan pada kamu. Kerana orang-orang sebelum kamu binasa kerana mereka  banyak bertanya dan menyelisih nabi mereka. Bila aku melarang  kamu dari sesuatu jauhilah, dan bila aku perintahkan sesuatu pada kamu, kerjakanlah dengan kemampuan (hadith Riwayat Al-Bukhari-Muslim)
Jadi jangan pelik mengapa orang kaya bertambah kaya :
  • Bill gates mempunyai yayasan sendiri untuk mengagihkan sumbangan dari hasil microsoft dan peliknya beliau tidak pula miskin malah bertambah kaya
  •  Oprah Winfrey juga mempunyai yayasan sendiri menyumbangkan jutaan ringgit setahun namun terus kaya dan bergaya
  • Syed Moktar Bukhari dengan yayasan bukhari
  • Mark Zuckerberg menyumbangkan USD970 juta(RM3.2 billion) pada 2013 kepada sebuah badan kemanusiaan untuk diagihkan. Namun sedikit pun tidak menyebabkan mark jatuh miskin
Oleh demikian selain amalan berdoa maka jadikan juga amalan sedekah sebagai salah satu senjata untuk kita menjadi usahawan yang berjaya. Syaratnya :
  • Jangan menunjuk-nunjuk kita sedang bersedekah
  • Jangan beritahu orang kita bersedekah
  • Betulkan niat agar kita ikhlas dalam bersedekah
  • Jadikan sedekah sebagai rahsia kita dengan tuhan
  • Sedekah saja tidak kira pada bila-bila masa. Asal ada peluang berikan saja.
  • Yakin yang rezki kita perolehi di dalamnya adalah bahagian orang lain
  • Yakin lebih banyak kita bersedekah lebih banyak akan kita perolehi
Semoga bermanfaat.
Kredit untuk halifsaat.com.

No comments:

Post a Comment