Sunday, 22 September 2013

Myvi Lagi Best masuk list kereta sewa





Kereta Myvi Lagi Best yang masuk dalam list untuk disewa.
Kepercayaan diberikan pada aku untuk menyewakan myvi yang baru keluar dari kedai untuk disewakan. Tuan kereta tak sangka yang kereta ini cantilk. Bau kedai belum habis lagi, dah ditempah orang untuk disewa. Alhamdulillah. Rezeki kurniaan Ilahi.





 Myvi 1.3 Lagi Best berbaris bersama kereta lain

Pandangan sudut tepi belakang

Penunggu Kubur

Penunggu Kubur dari alam bukan ghaib.
Gambar kenangan semasa menuggu kubur ayah pada malam kedua kematian. Terasa perasaan ganjil semasa di kawasan perkuburan. Mungkin sebab tidak biasa berada di tempat ini pada waktu malam.


 Gambar hiasan


 Gambar hiasan

Pada zaman datuk nenek moyang dahulu, amalan menunggu kubur adalah amat biasa. Amalan ini dihentikan disebabkan beberapa sebab munasabah.

Monday, 16 September 2013

Rezeki Dan Masa

Ada sebahagian kawan yang rapat dengan aku, bertanya kenapa aku sanggup berhenti kerja dengan salah satu consultant oil and gas, walau gajinya dikira agak memuaskan dan memiliki masa depan yang lebih cerah. Aku hanya menjawap rezeki itu kurniaan Allah. Dan aku tidak perlu menunggu untuk mendapat gaji yang besar dengan menunggu seniority dalam bidang consultant oil and gas, bagi mencapai gaji belasan atau puluhan ribu ringgit. Rezeki daripada cabang perniagaan adalah lebih besar kalau nak dihitung. Dan rezeki bukan sahaja berkisar tentang duit atau wang. Rezeki juga dalam bentuk anak-anak, isteri, kawan-kawan dan yang lebih utama adalah masa. Punca mencari rezeki melalui perniagaan lebih  meningkatkan pemahaman aku tentang hal ini. Masa bersama anak-anak dan isteri adalah yang lebih utama daripada aku berkejar ke office untuk bekerja. Walhal aku belum lagi mencapai tahap banyak masa yang terluang dengan anak-anak dan isteri pada masa ini, tapi aku yakin akan sampai masanya mengikut perkiraan aku. Pada masa itu, aku sudah bebas memilih untuk bekerja atau sebaliknya. Masa bersama anak-anak akan lebih bernilai.Insya Allah.

Anak-anak adalah harta yang paling berharga.


-Kredit utk FB Ustaz Azhar Idrus (Original)-

Aku selalu berdoa agar aku tetap daam mencari redha Ilahi dan sentiasa dalam lembayung rahmat-Nya. Amin.

Sunday, 15 September 2013

Cuti Hari Malaysia

Sempena cuti Hari Malaysia, ramai yang berpusu-pusu keluar dari kota. Ada yang balik kampung. Ada yang mengunjungi sanak-saudara. Ada yang ambil peluang untuk berkahwin. Dan ada yang ambil peluang bercuti bersama keluarga. Rata-rata berpeluang bersama keluarga masing-masing.

Aku duduk di opis sambil buat delivery pada client yang nak sewa kereta. Alhamdulillah, rezeki dari Ilahi. Walau kereta aku habis, aku cuba supply kereta daripada partners yang available. Janji dapat sales.

Pada waktu siang hari, aku tengok kedai makan kosong termasuk kedai mamak yang dekat ngan opis aku. Ramai orang keluar dari KL ni. Sales perlahan buat sehari-dua ni, agaknya. Bermakna kedai makan kat area Wangsa Maju ni slow sikit. Waktu malam agak rancak, dengan orang yang tak pergi mana-mana. Alih-alih lepak ngan famili dan kawan-kawan di KL.

Tiga hari lepas, masa aku pergi CIMB bank, nak buat bank draft untuk masuk bid rumah yang dilelong, aku sempat borak dengan akak yang tengah proses application aku tu. Aku tanya dia, plan nak pergi mana time cuti nanti. "Tak ke mana pun. Tengah bulan...". Aku senyum tanda faham yang dia maksudkan. Duit gaji bulan lepas hampir kering. Nak tunggu gaji bulan ini lambat lagi. Aku rasanya begitulah resmi orang makan gaji, termasuklah aku seketika makan gaji dulu.

Selamat bercuti.

Tuesday, 10 September 2013

Pajak Kereta Sebelum Sambung Belajar

Malam ni dapat jumpa ngan kawan sekolah zaman menengah dulu. Dah lam tak jumpa, dekat 18 tahun. Dia nak tahu konsep pajak kereta sewa. Nak jadi cerita adik kawan aku ni akan sambung belajar ke oversea, jadi kereta myvi yang dia ada tu, dia plan nak pajak kat aku. Kalau jual, kena top-up dalam ribu-ribu gak walau dah bayar dekat 4 tahun. Bank buat untung, biasa la tu.

Aku cerita sedikit sebanyak konsep pajakan mudharabah yang diamalkan. Prinsipnya cost termasuk bayaran instalment bank, maintenance kereta dan insurans/road tax di-cover dahulu sebelum pembahagian untung pada pemajak atau investor dan aku. Insya Allah, dengan cara ini aku akan dapat tolong orang yang untuk membayar instalment bank. Semoga hatinya tenang dalam masa pengajiannya.

Silaturrahim dan rezeki kereta sewa

Dua, tiga hari lepas, aku terjumpa Alin Rose, rakan sekerja di tempat kerja lama di RNZ (Nama sekarang ditukar kepada RNZ Petrofac) di kedai mamak area ofis aku. Dia datang situ sebab nak makan pagi sementara menuggu keretanya siap di basuh luar dan dalam. Katanya dia sekeluarga suka makan kat situ sebab mamak ni friendly. Aku pun bersetuju. Setiap pelanggan dilayan dengan mesra di samping makanan dan minuman disediakan secepat mungkin bagi memastikan kepuasan pelanggan. Dan aku memerhatikan, ini adalah petua dan prinsip kedai mamak. Walau sesetengah kedai mamak tu tak de la sedap sangat makanan, tapi servis memang cepat. Itu yang pelanggan suka, termasuklah aku.

Kami sempat bertanya khabar tentang hal diri masing-masing. Dia masih menjadi secretary, cuma dah bertukar bos. Aku buat bisnes kereta sewa lepas berhenti makan gaji bulan April lepas. Dia kagum dengan keberanian aku untuk berhenti kerja dan terjun ke bidang bisnes  kereta sewa, yang agak menyimpang dari jurusan aku, iaitu engineering. Tapi ini adalah minat aku, walau aku mempunyai degree dalam bidang engineering. Engineer pun boleh buat bisnes kereta sewa, dan salah satu scope kerja aku adalah basuh kereta dan lap kereta setiap hari. Sekali fikir, aku ni macam driver je. Basuh kereta dan lap je setiap hari, tapi nak buat camne. Aku kena pastikan kereta sentiasa bersih dan bersedia untuk disewa, tidak kira masa.

Selesai je sembang dan keretanya sudah siap dibasuh, dia beredar. Dalam tak sampai 5 minit, ada call dari orang Putrajaya nak sewa kereta MPV Honda Freed aku selama 7 hari, bermula 15 Sep. Hati aku riang gembira. Penyewa tu akan bank in security deposit sebelum 12 tengahri esok. Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Ilahi. Aku terfikir, adakah ini perberian rezeki dari Tuhan sebab aku menjalinkan silaturrahim dengan rakan sekerja aku tadi. Mungkin ya, sebab aku pernah terbaca yang Allah memberi rezeki pada hamba-Nya yang menjalinkan silaturrahim.

Terima kasih pada Alin Rose sebab kita dapat bertemu. Tiada yang kebetulan. Segalanya adalah perancangan Ilahi.

Saturday, 7 September 2013

Pertukaran address blog

Salam,
Bagi tujuan lebih akrab, pertukaran alamat blog daripada www.muslimahsejatie.blogspot.com kepada www.azharmohamed.blogspot.com dilakukan serta merta. Ini dilakukan setelah mendapat response membina daripada kenalan.

Friday, 6 September 2013

Sembang bisnes kereta

Subhanallah. Dalam aku menjalani kehidupan biasa sebagai bekerja sendiri, atau orang lebih suka panggil bisnes sendiri, aku mendapat peluang untuk berjumpa dengan rakan baru yang mempunyai sama tujuan dan matlamat dalam kehidupan di dunia ini.

Apa yang aku maksudkan adalah, ada seorang kawan yang mempunyai minat yang sama untuk lari daripada pekerjaan rutin. Dia ingin menceburi bidang bisnes, cuma tiada peluang yang difikirkan sesuai untuk diceburi. Setelah daht set masa untuk berjumpa, aku share apa yang aku buat dengan bisnes kereta sewa. Dia juga melahirkan hasrat untuk berkecimpung bersama, cuma tiada orang untuk di-refer dan aku adalah orang pertama.

Alhamdulillah, aku sempat share sedikit sebanyak yang aku tahu dalam bisnes kereta sewa ini. Habis aku explain, dia berminat untuk pajak kereta yang katanya jarang digunakan. Boleh saja, aku jawap. Kereta sedan, Proton Saga BLM pun ada demand dari market luar. Insya Allha, dalam masa terdekat dia akan pass kat aku kereta itu untuk disewakan selepas few touch-up dan signing perjanjian pajak kereta.

Dia juga berminat untuk menceburi bidang property investment. Wow! Walaupun aku tahu sikit je pasal property investment ni, tapi itu panjang cerita. Dari rumah lelong, subsale, new property hingga ke sublet. Dari rumah flat, rumah teres, apartment, condominium hinggalah studio. Panjang masa nak explain ni. Aku bagitahu dia, insya Allah kita jumpa lain kali. Walau bersemangat, tapi matanya dah kuyu. Ngantuk, dah tengah malam. Esok nak kerja lagi. Boleh sambung sembang-sembang lagi. Orang kelate cakap, 'bual".

Wednesday, 4 September 2013

Isteri Cemerlang

Alhamdulillah. Aku dijodohkan dgn isteri yang penyayang dan sabar. Sayang akan diri sendiri dan manusia sekelilingnya. Sabar dan redha dengan segala perancangan Ilahi ke atasnya. Mungkin disebabkan acuan hidup daripada maknya serta sekolah MRSM Kuala Brang yang berlandaskan Islam. Ditambah pula dengan ilmu bermanfaat dipelajari di UIA. Syukur pada Ilahi.

Walaupun ramai yang mengetahui isteriku mempunyai degree dalam bidang engineering, tapi ramai yang tertanya-tanya kenapa dia tidak bekerja. Sebaliknya memilih untuk menjadi full time house wife di rumah. Ada bermacam-macam andaian.

Namun, aku sebagai suami menyedari kenapa dia memilih sedemikian. Dia memilih untuk menjadi investor terbaik di dunia dan di akhirat. Dia memilih untuk menyediakan makan-minum, pakaian suaminya untuk mendapat balasan dari Ilahi di akhirat. Dia memilih untuk menjaga dan mendidik sendiri anak-anak tanpa dihantar pada pusat asuhan untuk memastikan mereka mendapat kasih sayang dan didikan terbaik daripada dirinya sendiri. Dengan bermacam-macam isu penjagaan kanak-kanak, dia lebih rela meluangkan masa untuk anak-anak sendiri. Untuk memastikan anak-anak berjaya pada masa dewasa kelak, setiap perubahan dan perkembangan anak-anak diasuh dengan didikan agama dan akademik terbaik. Harapannya anak-anak akan berjaya mencapai cita-cita berlandaskan Islam masing-masing dewasa kelak. Dan yang paling penting, dia akan mendapat dividen terbaik di alam kubur nanti. Insya Allah cemerlang di akhirat kelak. Hasil asuhan dan didikan terbaik daripadanya.

Dari segi kewangan, dia mengharapkan kebergantungan pada usaha suami dan pertolongan dari Yang Maha Esa. Tuhan Maha Pemberi. Setiap masa, dia akan cuba membantu aku sedaya mungkin. Dan dia memahami kerja yang aku lakukan dalam mencari rezeki ini. Semenjak aku membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjalankan bisnes kereta sewa, dia bersetuju walaupun ada sedikit gusar dalam hatinya. Namun dia menyedari bahawa ini adalah langkah terbaik dalam mencapai target kewangan kami. Bahkan dia sedia menerima keadaan dalam usaha aku mencari rezeki ini termasuk waktu kerja aku yang keluar pagi dan balik awal pagi keesokkan harinya.

Alhamdulillah. Usaha dengan taqwa adalah satu kemestian. Semoga aku memperolah kekuatan daripada rahmat Ilahi untuk terus mencari redha-Nya.