Dua, tiga hari lepas, aku terjumpa Alin Rose, rakan sekerja di tempat kerja lama di RNZ (Nama sekarang ditukar kepada RNZ Petrofac) di kedai mamak area ofis aku. Dia datang situ sebab nak makan pagi sementara menuggu keretanya siap di basuh luar dan dalam. Katanya dia sekeluarga suka makan kat situ sebab mamak ni friendly. Aku pun bersetuju. Setiap pelanggan dilayan dengan mesra di samping makanan dan minuman disediakan secepat mungkin bagi memastikan kepuasan pelanggan. Dan aku memerhatikan, ini adalah petua dan prinsip kedai mamak. Walau sesetengah kedai mamak tu tak de la sedap sangat makanan, tapi servis memang cepat. Itu yang pelanggan suka, termasuklah aku.
Kami sempat bertanya khabar tentang hal diri masing-masing. Dia masih menjadi secretary, cuma dah bertukar bos. Aku buat bisnes kereta sewa lepas berhenti makan gaji bulan April lepas. Dia kagum dengan keberanian aku untuk berhenti kerja dan terjun ke bidang bisnes kereta sewa, yang agak menyimpang dari jurusan aku, iaitu engineering. Tapi ini adalah minat aku, walau aku mempunyai degree dalam bidang engineering. Engineer pun boleh buat bisnes kereta sewa, dan salah satu scope kerja aku adalah basuh kereta dan lap kereta setiap hari. Sekali fikir, aku ni macam driver je. Basuh kereta dan lap je setiap hari, tapi nak buat camne. Aku kena pastikan kereta sentiasa bersih dan bersedia untuk disewa, tidak kira masa.
Selesai je sembang dan keretanya sudah siap dibasuh, dia beredar. Dalam tak sampai 5 minit, ada call dari orang Putrajaya nak sewa kereta MPV Honda Freed aku selama 7 hari, bermula 15 Sep. Hati aku riang gembira. Penyewa tu akan bank in security deposit sebelum 12 tengahri esok. Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Ilahi. Aku terfikir, adakah ini perberian rezeki dari Tuhan sebab aku menjalinkan silaturrahim dengan rakan sekerja aku tadi. Mungkin ya, sebab aku pernah terbaca yang Allah memberi rezeki pada hamba-Nya yang menjalinkan silaturrahim.
Terima kasih pada Alin Rose sebab kita dapat bertemu. Tiada yang kebetulan. Segalanya adalah perancangan Ilahi.
No comments:
Post a Comment