Sunday, 15 September 2013

Cuti Hari Malaysia

Sempena cuti Hari Malaysia, ramai yang berpusu-pusu keluar dari kota. Ada yang balik kampung. Ada yang mengunjungi sanak-saudara. Ada yang ambil peluang untuk berkahwin. Dan ada yang ambil peluang bercuti bersama keluarga. Rata-rata berpeluang bersama keluarga masing-masing.

Aku duduk di opis sambil buat delivery pada client yang nak sewa kereta. Alhamdulillah, rezeki dari Ilahi. Walau kereta aku habis, aku cuba supply kereta daripada partners yang available. Janji dapat sales.

Pada waktu siang hari, aku tengok kedai makan kosong termasuk kedai mamak yang dekat ngan opis aku. Ramai orang keluar dari KL ni. Sales perlahan buat sehari-dua ni, agaknya. Bermakna kedai makan kat area Wangsa Maju ni slow sikit. Waktu malam agak rancak, dengan orang yang tak pergi mana-mana. Alih-alih lepak ngan famili dan kawan-kawan di KL.

Tiga hari lepas, masa aku pergi CIMB bank, nak buat bank draft untuk masuk bid rumah yang dilelong, aku sempat borak dengan akak yang tengah proses application aku tu. Aku tanya dia, plan nak pergi mana time cuti nanti. "Tak ke mana pun. Tengah bulan...". Aku senyum tanda faham yang dia maksudkan. Duit gaji bulan lepas hampir kering. Nak tunggu gaji bulan ini lambat lagi. Aku rasanya begitulah resmi orang makan gaji, termasuklah aku seketika makan gaji dulu.

Selamat bercuti.

No comments:

Post a Comment