Wednesday, 4 September 2013

Isteri Cemerlang

Alhamdulillah. Aku dijodohkan dgn isteri yang penyayang dan sabar. Sayang akan diri sendiri dan manusia sekelilingnya. Sabar dan redha dengan segala perancangan Ilahi ke atasnya. Mungkin disebabkan acuan hidup daripada maknya serta sekolah MRSM Kuala Brang yang berlandaskan Islam. Ditambah pula dengan ilmu bermanfaat dipelajari di UIA. Syukur pada Ilahi.

Walaupun ramai yang mengetahui isteriku mempunyai degree dalam bidang engineering, tapi ramai yang tertanya-tanya kenapa dia tidak bekerja. Sebaliknya memilih untuk menjadi full time house wife di rumah. Ada bermacam-macam andaian.

Namun, aku sebagai suami menyedari kenapa dia memilih sedemikian. Dia memilih untuk menjadi investor terbaik di dunia dan di akhirat. Dia memilih untuk menyediakan makan-minum, pakaian suaminya untuk mendapat balasan dari Ilahi di akhirat. Dia memilih untuk menjaga dan mendidik sendiri anak-anak tanpa dihantar pada pusat asuhan untuk memastikan mereka mendapat kasih sayang dan didikan terbaik daripada dirinya sendiri. Dengan bermacam-macam isu penjagaan kanak-kanak, dia lebih rela meluangkan masa untuk anak-anak sendiri. Untuk memastikan anak-anak berjaya pada masa dewasa kelak, setiap perubahan dan perkembangan anak-anak diasuh dengan didikan agama dan akademik terbaik. Harapannya anak-anak akan berjaya mencapai cita-cita berlandaskan Islam masing-masing dewasa kelak. Dan yang paling penting, dia akan mendapat dividen terbaik di alam kubur nanti. Insya Allah cemerlang di akhirat kelak. Hasil asuhan dan didikan terbaik daripadanya.

Dari segi kewangan, dia mengharapkan kebergantungan pada usaha suami dan pertolongan dari Yang Maha Esa. Tuhan Maha Pemberi. Setiap masa, dia akan cuba membantu aku sedaya mungkin. Dan dia memahami kerja yang aku lakukan dalam mencari rezeki ini. Semenjak aku membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjalankan bisnes kereta sewa, dia bersetuju walaupun ada sedikit gusar dalam hatinya. Namun dia menyedari bahawa ini adalah langkah terbaik dalam mencapai target kewangan kami. Bahkan dia sedia menerima keadaan dalam usaha aku mencari rezeki ini termasuk waktu kerja aku yang keluar pagi dan balik awal pagi keesokkan harinya.

Alhamdulillah. Usaha dengan taqwa adalah satu kemestian. Semoga aku memperolah kekuatan daripada rahmat Ilahi untuk terus mencari redha-Nya.

No comments:

Post a Comment