Semakin hari semakin bertambah keyakinan aku pada bisnes kereta sewa yang aku jalankan. Alhamdulillah. Syukur pada anugerah Ilahi. Aku nampak akan kecerahan masa depan aku dan keluarga dengan bisnes ini.
Semalam kakak dan abang aku memberi panduan berguna dalam menguruskan bisnes ini. Ilmu daripada kerja di syarikat konglomerat mereka diturunkan pada aku dalam cara menguruskan bisnes ini. Salah satu adalah filing sistem, yang penting dalam mengatur urus sales dan operation. Ini adalah juga panduan bagi mengetahui keberkesanan teknik marketing yang aku buat secara on-line dan off-line. Amat berguna.
Mereka juga berminat untuk invest dalam property yang aku ceburi pada masa ini. Sedikit sebanyak, ini menandakan akan keberkesanan dalam menyakinkan mereka akan pengurusan diri dan bisnes aku. Nasihat mereka amat aku alu-alukan.
Insya Allah dalam masa terdekat ini, aku akan cari rumah yang sesuai untuk di-inves-kan. Melalui lelong adalah cara yang agak senang, aku fikir. Dan mereka bersetuju untuk invest bersama. Modal dikeluarkan oleh mereka nanti, apabila ada unit yang sesuai.
Isteri aku adalah tempat aku share akan kegembiraan ini. Insya Allah, dengan sifat kemurahan Ilahi, usaha ini akan berterusan dan mendapat redha Ilahi.
No comments:
Post a Comment