Friday, 30 August 2013

Ab Rahim, kawan rapat pergi menghadap Ilahi

Hari sabtu lepas aku balik kg. Memberi penghormatan pada mayat kawan rapat yang mati mengejut pada pagi Ahad, 25 Ogos 2013. Sedekah bacaan yasin dan Al-Fatihah tak putus-putus masa pengkebumian. Sempat juga mengucapkan tahziah pada keluarga kawan.

Kawan aku, Ab Rahim adalah kawan karib semenjak dari kecil lagi. Kitaorg selalu bermain bersama. Perhubungan masih diteruskan walau aku melanjutkan pelajaran di asrama penuh dan di unversiti. Dia kurang bernasib baik tak dapat masuk asrama penuh, mugkin sebab kurang pencapaian berpunca dari kurangnya support dari keluarga. tapi dia berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat sijil di Politeknik Kok Lanas, dalam jurusan akaun. Bagi aku dan dia, ini adalah pencapaian terbaik dalam keluarganya sebab, dia memiliki pencapaian tertinggi dalam keluarganya.

Aku meneruskan hidup dengan bekerja di Pahang selama 2 tahun sebelum bekerja di Kuala Lumpur. Dia begitu bernasib baik, berpeluang bekerja di Kota Bharu. Di Kelantan yang selalu aku idamkan.

Setiap kali sebelum balik kg, aku akan call atau sms dia bagitau yang aku akan pulang dan set masa utk minum ngan dia. Biasanya waktu malam pertama, kitaorg minum di kedai kopi di pekan Melor atau Pak Badol. Dia pun sentiasa gembira bersama aku. Kami sempat bertukar-tukar pendapat berkaitan kehidupan sendiri, keluarga dan kerjaya. Sejak 2, 3 tahun ni, boleh dikatakan dia agak sunyi, mungkin disebabkan tiada teman hidup iaitu isteri dan anak-anak. Hari cuti (Jumaat dan Sabtu) merupakan hari yang agak bosan baginya sebab tiada aktiviti yang dia lakukan. Namun dia memenuhi setiap malam Isnin hingga Rabu dgn belajar mengaji. Katanya, selain dari belajar mengaji, dia sedekahkan bacaan kepada ibunya yang meninggal 2 tahun lepas.

Semoga roh Ab Rahim dicucuri rahmat Ilahi.


No comments:

Post a Comment