Saturday, 24 August 2013

Last Check Out di Office Lama

11 Apr 2013, tarikh terakhir aku check out dari office tempat keje lama, Ranhill WorleyParsons sebelum bekerja sendiri. Perasaan agak sayu walaupun nampak gembira. Sayang tinggalkan kawan-kawan selepas hampir  2 tahun bekerja di sana. Namun hidup mesti diteruskan, ke arah apa yang aku lakarkan sebelum decided untuk berhenti di syarikat consultant oil and gas yang dikenali ramai.

Ramai yang tertanya-tanya, apa plan aku lepas berhenti. Dengan tenang, aku jawap aku bukak bisnes sendiri. Wow! Bagus.Berniaga adalah sunnah Nabi. itu antara jawapan mereka.Terima kasih atas dorongan dan sokongan rakan sekerja. Insya Allah hidup kita lebih bermakna di dunia untuk menuju ke alam kekal abadi.

Selepas 3 bulan bekerja sendiri, hidup aku lebih bermakna. Aku akan share pada posting yang akan datang.

No comments:

Post a Comment