Tuesday, 20 August 2013

Aidilfitri 2013 ayah meniggalkan kami

Hari raya aidilfitri tahun 2013 merupakan suatu kenangan pahit bagi aku dan awang aji sekeluarga. selepas 4 hari berhari raya, hampir semua org bersiap sedia utk balik ke tempat tinggal masing utk menyambung mencari rezeki, kecuali zaen sebab dia balik lambat ke kampung dan mengambil cuti yang agak panjang. aku bertolak pada pagi syawal ke lima dan pada petang itu jugalah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. sangat sedih aku. tak sangka ayah akan pergi meniggalkan kami semua pada waktu ini. walau semua org tahu ayah kerap keluar masuk hospital, sebab sakit jantung, tapi aku dan adik-beradik tak sangka ayah akan bersama kami pada hari raya aidilfitri yang mulia dan yang terakhir dengan kami.

kami semua bertolak balik ke kampung semula untuk melihat ayah bagi kali terakhir dan juga menolong dalam memandi, mengkafan dan menguburkan arwah ayah. tahlil di rumah dibuat dalam 3 malam pertama dan di buat di masjid alor bakat, mahligai, pondok mahligai dan melor untuk malam ke 4 hingga ke 7.

Al-Fatihah. semoga arwah ayah dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman di alam kubur.

Bilakah tibanya masa aku untuk meninggalkan dunia ini???

2 comments:

  1. Yup, anak-anak lelaki awang aji sembahyang jenazah utk arwah ayah.

    ReplyDelete