Semakin hari semakin bertambah keyakinan aku pada bisnes kereta sewa yang aku jalankan. Alhamdulillah. Syukur pada anugerah Ilahi. Aku nampak akan kecerahan masa depan aku dan keluarga dengan bisnes ini.
Semalam kakak dan abang aku memberi panduan berguna dalam menguruskan bisnes ini. Ilmu daripada kerja di syarikat konglomerat mereka diturunkan pada aku dalam cara menguruskan bisnes ini. Salah satu adalah filing sistem, yang penting dalam mengatur urus sales dan operation. Ini adalah juga panduan bagi mengetahui keberkesanan teknik marketing yang aku buat secara on-line dan off-line. Amat berguna.
Mereka juga berminat untuk invest dalam property yang aku ceburi pada masa ini. Sedikit sebanyak, ini menandakan akan keberkesanan dalam menyakinkan mereka akan pengurusan diri dan bisnes aku. Nasihat mereka amat aku alu-alukan.
Insya Allah dalam masa terdekat ini, aku akan cari rumah yang sesuai untuk di-inves-kan. Melalui lelong adalah cara yang agak senang, aku fikir. Dan mereka bersetuju untuk invest bersama. Modal dikeluarkan oleh mereka nanti, apabila ada unit yang sesuai.
Isteri aku adalah tempat aku share akan kegembiraan ini. Insya Allah, dengan sifat kemurahan Ilahi, usaha ini akan berterusan dan mendapat redha Ilahi.
Saturday, 31 August 2013
Friday, 30 August 2013
Bisnes kereta sewa semakin merangkak deras
Bisnes sewa kereta aku makin maju. Alhamdulillah pada Ilahi dan terima kasih pada yang terus berdoa utk aku berjaya dlm bidang kerja sendiri ni. Terbaru, ada yang nak pajak keta Nissan Almera. 4 biji tu. Dan ada kawan universiti dulu nak pajak keta myvi, sebab tak selalu guna. Ada keta lebih katanya. Insya Allah rezeki untuk pemajak dan aku juga nanti.
Ab Rahim, kawan rapat pergi menghadap Ilahi
Hari sabtu lepas aku balik kg. Memberi penghormatan pada mayat kawan rapat yang mati mengejut pada pagi Ahad, 25 Ogos 2013. Sedekah bacaan yasin dan Al-Fatihah tak putus-putus masa pengkebumian. Sempat juga mengucapkan tahziah pada keluarga kawan.
Kawan aku, Ab Rahim adalah kawan karib semenjak dari kecil lagi. Kitaorg selalu bermain bersama. Perhubungan masih diteruskan walau aku melanjutkan pelajaran di asrama penuh dan di unversiti. Dia kurang bernasib baik tak dapat masuk asrama penuh, mugkin sebab kurang pencapaian berpunca dari kurangnya support dari keluarga. tapi dia berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat sijil di Politeknik Kok Lanas, dalam jurusan akaun. Bagi aku dan dia, ini adalah pencapaian terbaik dalam keluarganya sebab, dia memiliki pencapaian tertinggi dalam keluarganya.
Aku meneruskan hidup dengan bekerja di Pahang selama 2 tahun sebelum bekerja di Kuala Lumpur. Dia begitu bernasib baik, berpeluang bekerja di Kota Bharu. Di Kelantan yang selalu aku idamkan.
Setiap kali sebelum balik kg, aku akan call atau sms dia bagitau yang aku akan pulang dan set masa utk minum ngan dia. Biasanya waktu malam pertama, kitaorg minum di kedai kopi di pekan Melor atau Pak Badol. Dia pun sentiasa gembira bersama aku. Kami sempat bertukar-tukar pendapat berkaitan kehidupan sendiri, keluarga dan kerjaya. Sejak 2, 3 tahun ni, boleh dikatakan dia agak sunyi, mungkin disebabkan tiada teman hidup iaitu isteri dan anak-anak. Hari cuti (Jumaat dan Sabtu) merupakan hari yang agak bosan baginya sebab tiada aktiviti yang dia lakukan. Namun dia memenuhi setiap malam Isnin hingga Rabu dgn belajar mengaji. Katanya, selain dari belajar mengaji, dia sedekahkan bacaan kepada ibunya yang meninggal 2 tahun lepas.
Semoga roh Ab Rahim dicucuri rahmat Ilahi.

Saturday, 24 August 2013
Last Check Out di Office Lama
11 Apr 2013, tarikh terakhir aku check out dari office tempat keje lama, Ranhill WorleyParsons sebelum bekerja sendiri. Perasaan agak sayu walaupun nampak gembira. Sayang tinggalkan kawan-kawan selepas hampir 2 tahun bekerja di sana. Namun hidup mesti diteruskan, ke arah apa yang aku lakarkan sebelum decided untuk berhenti di syarikat consultant oil and gas yang dikenali ramai.
Ramai yang tertanya-tanya, apa plan aku lepas berhenti. Dengan tenang, aku jawap aku bukak bisnes sendiri. Wow! Bagus.Berniaga adalah sunnah Nabi. itu antara jawapan mereka.Terima kasih atas dorongan dan sokongan rakan sekerja. Insya Allah hidup kita lebih bermakna di dunia untuk menuju ke alam kekal abadi.
Selepas 3 bulan bekerja sendiri, hidup aku lebih bermakna. Aku akan share pada posting yang akan datang.

Wednesday, 21 August 2013
Masuk office baru
Hari ni, hari ke 3 aku masuk office. office aku sendiri. kat wangsa maju. utk permulaan, aku jadikan office ni utk pick-up dan delivery point utk kereta sewa. Kat sini juga, akan dijadikan pusat utk discuss dgn investor kereta sewa. Ini adalah permulaan sebelum melangkah seterusnya dalam bidang lain macam bidang property yang aku suka.
Bila ada office sendiri, rasenya lain skit. Masa masuk office dah tentulah sendiri yang tentukan. pasal tugas utk apa yg nak dibuat, lagi la kena fikir sendiri nak buat apa. Berbanding dgn masa aku run kereta sewa dari rumah, masa dan tugas lebih kemas dan teratur.
Kalau sebelum ni, semua kereta aku kat dalam UIA. ade student yang tolong manage, untuk bagi dan ambil kunci selain cek kalu ade calar. sekarang semua kereta kat luar UIA. aku main market public. dari segi cabaran, kat luar lebih memerlukan commitment. dan sales pun, lebih banyak kat luar. apa yang aku nampak kat sini, aku kena sentiasa buke mata utk melihat peluang yang ade di depan mata dan terlintas di fikiran.
target utk awal bulan depan, utk ambil sorang runner utk tolong aku ambil/hantar kereta. sekali fikir, ini da termasuk dalam overhead cost, tapi ini akan lebih memberi aku banyak sokongan dari segi fizikal dan masa. ini untuk memberi ruang pada akau utk terus maju.

Tuesday, 20 August 2013
Aidilfitri 2013 ayah meniggalkan kami
Hari raya aidilfitri tahun 2013 merupakan suatu kenangan pahit bagi aku dan awang aji sekeluarga. selepas 4 hari berhari raya, hampir semua org bersiap sedia utk balik ke tempat tinggal masing utk menyambung mencari rezeki, kecuali zaen sebab dia balik lambat ke kampung dan mengambil cuti yang agak panjang. aku bertolak pada pagi syawal ke lima dan pada petang itu jugalah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. sangat sedih aku. tak sangka ayah akan pergi meniggalkan kami semua pada waktu ini. walau semua org tahu ayah kerap keluar masuk hospital, sebab sakit jantung, tapi aku dan adik-beradik tak sangka ayah akan bersama kami pada hari raya aidilfitri yang mulia dan yang terakhir dengan kami.
kami semua bertolak balik ke kampung semula untuk melihat ayah bagi kali terakhir dan juga menolong dalam memandi, mengkafan dan menguburkan arwah ayah. tahlil di rumah dibuat dalam 3 malam pertama dan di buat di masjid alor bakat, mahligai, pondok mahligai dan melor untuk malam ke 4 hingga ke 7.
Al-Fatihah. semoga arwah ayah dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman di alam kubur.
Bilakah tibanya masa aku untuk meninggalkan dunia ini???

Subscribe to:
Comments (Atom)