Wednesday, 21 August 2013

Masuk office baru

Hari ni, hari ke 3 aku masuk office. office aku sendiri. kat wangsa maju. utk permulaan, aku jadikan office ni utk pick-up dan delivery point utk kereta sewa. Kat sini juga, akan dijadikan pusat utk discuss dgn investor kereta sewa. Ini adalah permulaan sebelum melangkah seterusnya dalam bidang lain macam bidang property yang aku suka.

Bila ada office sendiri, rasenya lain skit. Masa masuk office dah tentulah sendiri yang tentukan. pasal tugas utk apa yg nak dibuat, lagi la kena fikir sendiri nak buat apa. Berbanding dgn masa aku run kereta sewa dari rumah, masa dan tugas lebih kemas dan teratur.

Kalau sebelum ni, semua kereta aku kat dalam UIA. ade student yang tolong manage, untuk bagi dan ambil kunci selain cek kalu ade calar. sekarang semua kereta kat luar UIA. aku main market public. dari segi cabaran, kat luar lebih memerlukan commitment. dan sales pun, lebih banyak kat luar. apa yang aku nampak kat sini, aku kena sentiasa buke mata utk melihat peluang yang ade di depan mata dan terlintas di fikiran.

target utk awal bulan depan, utk ambil sorang runner utk tolong aku ambil/hantar kereta. sekali fikir, ini da termasuk dalam overhead cost, tapi ini akan lebih memberi aku banyak sokongan dari segi fizikal dan masa. ini untuk memberi ruang pada akau utk terus maju.

2 comments:

  1. boleh recruit anak2 sedara tuh lps abes SPM nnti. cuba tanya sepupu, mane tau ado hok nak buat part time runner malam2.

    ReplyDelete
  2. Boleh dah tengok potensi anak2 sedara yg berminat ngan bisnes. ado doh tu..cume kena approach sikit2

    ReplyDelete